Raja Muda Perlis minta rakyat jaga keselamatan diri ketika banjir

Raja Muda Perlis minta rakyat jaga keselamatan diri ketika banjir

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan meninjau PPS Guar Nangka, Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua mangsa banjir di pusat pemindagan sementara (PPS) agar memastikan terlebih dahulu keselamatan diri dan keluarga apabila pulang ke rumah kelak.

Titah baginda, adalah mustahak untuk memastikan dahulu kediaman benar-benar dalam keadaan selamat daripada binatang berbisa selain setiap pepasangan dan peralatan elektrik adalah selamat daripada litar pintas.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat menyantuni mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka di sini, semalam.

Sebanyak 37 buah keluarga daripada sekitar kawasan Gial, Padang Nyu dan Guar Gajah di Arau dipindahkan ke PPS berkenaan.

Keberangkatan baginda disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Isa.

Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM5,800 untuk pengurusan awal PPS tersebut.

Sehingga pagi ini, seramai 686 mangsa dipindahkan di lima PPS yang dibuka di Perlis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN