TEMERLOH: Pasar Besar Mentakab sehingga ke stesen minyak Shell bandar Mentakab di sini ditutup sepenuhnya semalam berikutan limpahan air Sungai Semantan sampai ke jalan utama di pekan berkenaan. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, peniaga di situ sempat memindahkan barangan perniagaan seperti mesin memproses ke tempat selamat. Beberapa peniaga yang ditemui mengakui masih trauma dengan tragedi banjir besar pada 2021 yang menyaksikan air mencecah bumbung pasar tersebut sehingga menyebabkan ramai mengalami kerugian besar kerana tidak sempat menyelamatkan barangan perniagaan mereka. Seorang peniaga ayam, Ah Kaw Min, 65, berkata, dia segera memindahkan barang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya