Banjir kilat landa Jalan Kampung Parit Panjang - Utusan Malaysia

Banjir kilat landa Jalan Kampung Parit Panjang

DUA buah rumah di Jalan Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi, Pontian dilanda banjir susulan hujan lebat sejak awal pagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Hujan lebat sejak pukul 2 pagi tadi menyebabkan beberapa buah rumah di Jalan Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi, dekat sini dilanda banjir kilat

Seorang mangsa, Mazlan Gapal, 67, seluruh rumahnya dimasuki air pada pukul  4 pagi menyebabkannya dan empat ahli keluarganya tidak dapat tidur, bimbang paras air semakin meningkat.

“Di luar rumah, ruang tamu, dapur dan bilik, semuanya dimasuki air seperti kejadian terburuk sebelum ini pada 2021 apabila hujan lebat melebih dua jam. Saya dan isteri, Rosmah Ramso, 64, serta seorang anak lelaki dan dua cucu hanya mampu menyelamatkan beberapa barangan ke tempat lain tinggi.

“Pak cik tak tahu nak cakap, kawasan kami ini merupakan kawasan rendah dan parit yang ada di hadapan sana pun tidak mampu untuk menampung jumlah air yang banyak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mazlan memberitahu, biasanya air banjir itu hanya akan surut antara dua atau tiga hari.

Seorang lagi mangsa banjir, Md. Imran Md. Salleh, 48,  berkata, limpahan air dari parit di hadapan rumahnya menyebabkan kawasan halaman digenangi air sehingga paras buku lali.

“Mujur hari ini saya bercuti dapat melihat-lihat keadaan rumah kerana sebelum ini pernah berlaku banjir kilat menyebabkan saya terpaksa bergegas balik,” katanya bekerja sebagai pemandu lori.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pontian, Kapten (A) Muhammad Izzudin Ali berkata, selain di Kampung Parit Panjang, empat buah rumah di Kampung Parit Satu dan dua buah rumah di Kampung Parit Dua Sanglang terjejas akibat banjir kilat.

“Empat buah rumah di Kampung Parit Puteri Menangis, Ayer Baloi juga turut terjejas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya