Banjir kilat di Sepanyol ragut 95 nyawa

Banjir kilat di Sepanyol ragut 95 nyawa

ORANG ramai memanjat timbunan kereta yang dihanyutkan oleh banjir di Sedavi, selatan Valencia, timur Sepanyol, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Sepanyol bersedia menghadapi jumlah korban yang lebih tinggi selepas 95 orang maut akibat banjir kilat melanda negara itu.

Pasukan penyelamat dijangka menemukan lebih banyak mayat dalam banjir paling dahsyat untuk tempoh lebih 50 tahun di negara Eropah itu.

Sepanyol turut mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula Khamis.

Hujan lebat dan angin kencang melanda Sepanyol sejak awal minggu selepas satu ribut terbentuk di Laut Mediterranean.

Badan penyelaras perkhidmatan kecemasan di wilayah timur Valencia mengumumkan angka kematian sementara sebanyak 92 orang, namun mayat masih ditemukan dan dikenal pasti.

“Jumlah korban dijangka meningkat kerana terdapat ramai mangsa hilang,” kata menteri kerajaan, Angel Victor Torres kepada penyiar awam TVE.

Ketua wilayah Valencia, Carlos Mazon berkata, setakat ini tiada lagi mangsa yang perlu diselamatkan dari bumbung atau teres melalui kaedah udara.

Beliau berkata, perkhidmatan kecemasan melakukan 200 misi penyelamatan di darat dan 70 pemindahan udara sepanjang hari.

Menurut perkhidmatan cuaca Sepanyol, AEMET, bandar Chiva di barat Valencia mencatatkan taburan hujan lebih tinggi, yang hampir sama dengan jumlah hujan setahun.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menzahirkan simpati terhadap mangsa dan keluarga yang terjejas akibat banjir buruk itu.

“Seluruh Sepanyol bersedih bersama anda semua. Kami tidak akan meninggalkan anda.

“Bencana ini belum berakhir dan kami akan menggerakkan semua sumber yang diperlukan supaya kita dapat pulih daripada tragedi ini,” katanya berucap di televisyen.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya