Banjir di Pahang: Mangsa meningkat kepada 1,282 orang di enam PPS di Temerloh - Utusan Malaysia

Banjir di Pahang: Mangsa meningkat kepada 1,282 orang di enam PPS di Temerloh

KEADAAN banjir di Kampung Batu Kapor di Mentakab, Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Banjir di Pahang terus meningkat kepada 1,282 orang mangsa membabitkan 373 keluarga yang dipindahkan di enam buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini setakat pukul 8 pagi hari ini.

Pertambahan itu berikutan sebuah lagi PPS dibuka, iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Mentakab (Chatin) yang menempatkan 12 mangsa daripada enam buah keluarga.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, sehingga pagi ini, selain PPS SK Mentakab, Temerloh, lima buah PPS yang dilaporkan dibuka kelmarin masih menempatkan mangsa banjir kawasan Mentakab, iaitu dewan SMK Seri Semantan seramai 618 mangsa daripda 181 keluarga, PPS SK Desa Bakti seramai 566 orang mangsa (163 keluarga) dan PPS Masjid Kampung Bongsu, Mentakab seramai 20 orang mangsa (5 keluarga).

“Turut menempatkan mangsa sejak kelmarin, iaitu di kawasan Lanchang melibatkan PPS SK Lanchang masih kekal 36 mangsa (12 keluarga), PPS Balai Raya Mempateh seramai 30 mangsa (enam keluarga).

“Mangsa yang dipindahkan dan berada di enam buah PPS tersebut, iaitu seramai 527 orang lelaki, wanita (374 orang), kanak-kanak lelaki (164 orang), kanak-kanak perempuan (159 orang), manakala bayi lelaki (31 orang) dan bayi perempuan (27 orang),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN