Bangunkan kilang gula pisang di Perlis

Bangunkan kilang gula pisang di Perlis

WAN Rosli Wan Ishak (tiga dari kiri) menerangkan mengenai kajiannya menghasilkan gula dengan berasaskan pisang di Kangar baru-baru ini. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) di Padang Besar berpotensi untuk dibangunkan dengan kilang bagi memproses gula berasaskan pisang.

Ahli Lembaga Pengarah Dewan Perniagaan, Perindustrian dan Pelaburan Malaysia-Wuxi, China (DPPPM-WC), Datuk Dr. Hassan Saad berkata, pihaknya telah menandatangani dokumen surat niat (LoI) bersama Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjalankan pembangunan dan penyelidikan (R&D) menghasilkan gula berasaskan pisang.

Katanya, potensi yang terdapat di CVIA mendorong DPPPM-WC melabur bagi membina kilang pengeluaran gula berkenaan hasil kejayaan R&D selama enam tahun.

Menurut beliau, Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak sebelum ini telah berjaya dalam kajiannya bagi menghasilkan gula berasaskan pisang itu.

“Kita melihat potensi pengeluarannya itu boleh dilaksanakan di CVIA. DPPPM-WC juga melihat sejarah dulu di mana Perlis menghasilkan gula melalui tebu tapi kali ini mungkin kita cuba tukar kepada pisang pula,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dan DPPPM-WC di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, kewujudan kilang gula pisang itu dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan sekali gus menjadikan Perlis sebagai pengeluar makanan utama.

Katanya, pelaksanaan ini juga dapat memenuhi matlamat pembangunan di CVIA di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya