Bangladesh haramkan sayap pelajar Liga Awami

Bangladesh haramkan sayap pelajar Liga Awami

RIBUAN pelajar berhimpun di Bangladesh pada Khamis untuk memperingati sebulan kejatuhan Sheikh Hasina dalam protes Dhaka, Julai lalu.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGLADESH: Kerajaan sementara Bangladesh secara rasmi mengharamkan sayap pelajar parti Liga Awami pimpinan bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

Reuters melaporkan, Liga Chhatra Bangladesh (BCL) turut diisytiharkan sebagai ‘organisasi pengganas’.

Langkah ini diambil sebagai tindak balas kepada desakan yang meningkat daripada Pergerakan Mahasiswa Anti-Diskriminasi, yang mengemukakan lima tuntutan utama, termasuk pemansuhan Perlembagaan semasa, penyingkiran Presiden Mohammed Shahabuddin dan pembubaran BCL.

Kementerian Dalam Negeri merujuk sejarah salah laku serius BCL sejak 15 tahun lalu, termasuk keganasa, gangguan dan eksploitasi sumber awam.

Larangan di bawah Akta Antikeganasan berkuat kuasa serta-merta, menurut kementerian dalam pemberitahuan yang dikeluarkan semalam.

Bangladesh menyaksikan peningkatan ketegangan dan protes dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sehingga menyebabkan pengunduran Hasina dan pelantikan kerajaan sementara yang dipimpin oleh Muhammad Yunus.

Protes awalnya bermula sebagai gerakan yang diketuai pelajar menentang kuota pekerjaan sektor awam pada Julai, dan kemudian meningkat kepada pergolakan dahsyat sehingga meragut lebih 700 nyawa.

Semasa pergolakan itu, pemimpin dan aktivis BCL menyerang pelajar serta orang awam yang berdemonstrasi dengan senjata sehingga menyebabkan banyak kematian.

Ditubuhkan pada 1948, BCL secara sejarahnya menjadi sayap penting dalam Liga Awami.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya