‘Bagasi ‘guni’ bukan untuk raih simpati sesiapa’

‘Bagasi guni’ bukan untuk raih simpati sesiapa’

GUNI yang digunakan Rafida Zaiddin semasa pendaftaran pelajar baharu UMS di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Demi me­menuhi syarat untuk mem­ba­wa dua bagasi sema­sa pendaf­taran, pelajar baha­ru Universiti Malaysia Sa­bah (UMS), Rafida Zaiddin me­milih menggunakan guni se­bagai alternatif.

Guni yang digunakan bukan untuk meraih simpati sebaliknya, ia bagi memudahkan dia membawa barangan dari Sandakan ke Kota Kinabalu yang mengambil masa selama enam jam menaiki bas.

Rafida berkata, idea meletakkan barang keperluan asrama seperti baldi dan bantal di dalam guni itu sebenarnya idea bapanya.

RAFIDA ZAIDDIN

“Bapa saya khuatir jika terlalu banyak barang dipegang di tangan, ia akan tercicir kerana perjalanan kami agak jauh. Jadi, bapa mencadangkan agar saya gunakan guni bagi membawa barang keperluan.

“Apabila kisah saya membawa guni semasa pendaftaran tular, bapa saya terus terkejut. Dia tidak sangka ideanya itu boleh membuatkan kisah saya tular dalam media sosial,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Ikrar dan Aku Janji Pelajar Baharu sempena Minggu Suai Mesra sesi 2024/2025 di UMS semalam.

Kisah pelajar ini telah mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang menghubunginya melalui pang­­gilan video semalam dan Fadhlina turut memberi sumbangan wang tunai kepadanya.

Rafida yang merupakan anak bongsu dari dua beradik berkata, bapanya hanya bekerja sebagai peniaga buah kecil-kecilan di Kampung Sim-Sim, Sandakan. Tapi, sebelum ini bapanya berniaga buah di Pasar Muhibbah.

Pelajar dari golongan B40 itu berkata, dia telah pun menerima Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) dan sekarang dia masih menunggu kelulusan permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UMS itu menyimpan hasrat untuk menjadi seorang akauntan yang berjaya. Dia berjaya menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan dalam bidang yang sama.

Katanya, kemiskinan hidup mendorong dia untuk cemerlang dalam pelajaran agar dapat mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN