Apa pun hukuman, anak kami tetap tak dapat kembali - Bapa Akmal - Utusan Malaysia

Apa pun hukuman, anak kami tetap tak dapat kembali – Bapa Akmal

MUHAMMAD AKMAL MD. TUKIRIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR:  “Meskipun seberat mana dakwaan serta hukuman yang dikenakan ke atas pesalah (pemandu) itu, anak saya telah pergi buat selama-lamanya dan tidak akan kembali ke pangkuan keluarga kami.”

Itulah luahan Md. Tukirin Saringat, 60, bapa kepada Muhammad Akmal, 25, salah seorang mangsa kemalangan melibatkan tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang maut dilanggar sebuah kenderaan pada 9 Oktober lalu.

Walaupun mengaku reda dengan pemergian Allahyarham Akmal, namun kehilangannya akan dirasai sepanjang masa.

“Biarpun pemandu itu telah didakwa atas kesalahan membunuh hari ini, ia seperti tidak dapat mengubat duka lara kami dengan pemergian anak kami. Anak kami tetap tidak dapat kembali ke pangkuan keluarga,  dia telah pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Md. Tukirin dan isterinya, Rafeah Buang, 52, menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

“Kita juga memiliki rasa kasihan atas ujian yang dilalui oleh pihak pemandu kereta itu, tetapi kehilangan anak kami dengan cara begitu lebih perit untuk ditanggung. Diharapkan dia mendapat hukuman yang setimpal supaya orang lain juga tidak menjadi mangsa pada kemudian hari seperti anak kami.

“Setiap anak adalah harapan bagi orang tuanya. Tempat kami bermanja, harapan untuk menjaga kami apabila sudah uzur nanti, tetapi kami sekeluarga telah  kehilangan dia buat selama-lamanya,”katanya dalam nada sebak.

Pemandu kenderaan, Norizan Ismail, 49, yang melanggar sehingga menyebabkan kematian tiga penuntut UiTM berkenaan didakwa di Mahkamah Majistret Dungun hari ini atas tiga pertuduhan membunuh.

Suri rumah berkenaan turut didakwa melakukan cubaan membunuh terhadap Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, seorang lagi pelajar yang cedera dalam kejadian berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya