Anwar umum peruntukan RM5.5 juta baik pulih Pasar Siti Khadijah - Utusan Malaysia

Anwar umum peruntukan RM5.5 juta baik pulih Pasar Siti Khadijah

ANWAR Ibrahim (kanan) beramah mesra dengan peniaga di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan berjumlah RM5.5 juta untuk kerja-kerja menaik taraf Pasar Siti Khadijah menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan sebelum ini sudah meluluskan dana sebanyak RM1.5 juta bagi membaiki struktur konkrit merekah dan bumbung di pasar berkenaan.

“2023 kita beri RM500,000 dan tahun lalu sebanyak RM1 juta telah disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada Pasar Siti Khadijah.

“Peruntukan kali ini (RM5.5 juta) kita salurkan untuk kerja-kerja membaik pulih tandas, bumbung dan pendawaian di pasar ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga-Peniaga Pasar Besar Siti Khadijah di Medan Selera, Laman Siti Khadijah di sini hari ini.

Anwar memberitahu, peruntukan itu bagi memenuh keperluan seramai 1,500 peniaga di pasar ini.

Katanya, beliau mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama duduk semeja dan berbincang dengan persatuan peniaga dan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai kawasan mana yang mahu dimulakan dahulu.

“Saya mahu laporan mengenai kerja-kerja membaik pulih Pasar Besar Siti Khadijah dilaksanan dengan segera iaitu pada minggu depan. Pelaksaan tender akan dipercepatkan sekiranya diperlukan untuk melaksanakan projek tersebut.

“Jika perlu tender dipercepatkan, kita cepatkan. Cuma perlu mengikut prosedur yang ditetapkan,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Tambun berkata, kerajaan tidak teragak-agak untuk menarik balik lesen peniaga pasar yang tidak menjaga kebersihan dan memberikan premis mereka kepada warga asing untuk berniaga.

“Jika lesen diberikan kepada orang lain atau premis kotor, kita rampas (lesen). Kita keras supaya kebersihan dapat dijamin di seluruh negara.

“Pertambahan pelancong ke Malaysia meningkat hampir 100 peratus. Jadi, soal kebersihan dan keselamatan perlu diberi keutamaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya