PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik permohonan maaf dibuat Datuk Seri Najib Razak berhubung salah laku berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “(Saya) terima baik….terima baik (permohonan maaf bekas Perdana Menteri),” katanya ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman Presint 16, Putrajaya semalam. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1MDB. Dalam kenyataan yang dibacakan oleh anaknya, Datuk Mohamad Nizar Najib, Najib kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya