Angkut lebih 900 kg beras Siam seludup guna Perodua MyVi

Angkut lebih 900 kg beras Siam seludup guna Perodua MyVi

PERODUA MyVi yang digunakan membawa beras seludup seberat 900 berjaya di tahan PGA dalam serbuan di pangkalan haram Budin, Tumpat, Kelantan semalam.-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu menggagalkan cubaan menyeludup 900 kilogram (kg) beras Siam menggunakan kereta jenis Perodua MyVi selepas merampas barangan itu dalam serbuan di pangkalan haram Budin di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 7.05 pagi itu, suspek yang merupakan pemandu kereta tersebut berjaya meloloskan diri sejurus menyedari kehadiran anggota PGA.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan lebih 900 kg beras Siam yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

Menurutnya, beras tersebut kemudian di bawa ke kompeni taktikal (Komtak) Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjut.

“Rampasan beras itu dianggarkan berjumlah RM3,700 dan kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya