Anggota tentera, rakan maut motosikal rempuh lori

Anggota tentera, rakan maut motosikal rempuh lori

KEADAAN motosikal mangsa selepas terlibat dengan kemalangan di Kampung Tok Che Dol, Tanah Merah, Kelantan semalam-IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang anggota tentera dan rakannya maut selepas motosikal yang mereka naiki gagal memotong sebuah lori yang sedang membelok masuk ke simpang di Kampung Tok Che Dol di sini sebelum merempuh kenderaan itu semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Mohd. Hafizul Abdullah Sani, 23, yang merupakan anggota tentera di Markas Tentera Darat, Kuala Lumpur itu maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Sementara rakannya, Muhammad Zulekhman Mokhtar, 22, yang membonceng motosikal itu turut maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, siasatan mendapati, kedua-dua individu itu yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125ZR dalam perjalanan dari arah Batang Merbau menghala ke Gua Ipoh di sini.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi sebuah lori jenis Isuzu dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun berada di hadapan mangsa telah membelok untuk masuk ke simpang di sebelah kanan jalan.

“Mangsa yang ketika itu cuba memotong lori tersebut telah merempuh bahagian kanan belakang kenderaan itu.

“Keadaan itu menyebabkan Mohd. Hafizul terperosok di bawah lori manakala rakannya tercampak ke dalam semak di tepi jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa Hospital Tanah Merah di sini untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya