Anggota polis didakwa peras ugut wanita - Utusan Malaysia

Anggota polis didakwa peras ugut wanita

AHMAD Muaz Md Subri didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan memeras ugut seorang wanita tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini atas pertuduhan memeras ugut seorang wanita tahun lalu. 

Tertuduh, Ahmad Muaz Md Subri, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada seorang wanita berusia 31 tahun bahawa satu bencana iaitu ditangkap polis akan berlaku kepadanya.

Oleh itu, dengan jalan demikian dengan curang mendorongnya menyerahkan harta iaitu wang berjumlah RM500 kepada tertuduh. 

Kesalahan itu dilakukan pada lebih kurang pukul 9.30 malam di tempat letak kereta di sebuah rumah flat di Nilai pada 17 Oktober 2023.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshafatihah Nor Azmi mencadangkan wang jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin. 

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Noor Azizi Abdull Aziz yang mewakili tertuduh kemudian memohon mahkamah menetapkan jaminan paling rendah kerana tertuduh menanggung isteri dan enam anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 22 Oktober depan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya