Anak ikan kelah merah laris di China

Anak ikan kelah merah laris di China

AZMI Hamid Chua menunjukkan anak ikan kelah merah yang bakal dihantar ke China di rumahnya di Kampung Betong, Hulu Terengganu, semalam. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang pekebun kelapa sawit di Kampung Betong dekat sini membekalkan 100,000 ekor anak ikan kelah merah ke negara China setiap tahun.

Azmi Hamid Chua, 45, berkata, setiap tempahan anak ikan tersebut diterima antara 10,000 hingga 15,000 ekor dari China, selain memenuhi pasaran tempatan.

Menurutnya, anak ikan yang dijual itu bersaiz lima sehingga 10 sentimeter yang dijual pada harga RM3 hingga RM12 seekor.

Katanya, hasil jualan anak ikan kelah merah mencecah antara RM100,000 hingga RM200,000 setahun, namun belum ditolak pelbagai kos yang perlu ditanggung bagi membesarkan anak ikan berkenaan.

“Saya bermula dengan minat dan tidak ada ilmu dalam bidang ini. Sebelum dijadikan sebagai perniagaan, saya berguru dengan rakan-rakan yang berkemahiran sehinggalah dapat lakukan kerja ini.

“Bekalan anak-anak ikan kelah ini diperoleh daripada penduduk setempat. Biasanya mereka akan tangkap di sekitar sungai di sini selepas musim banjir atau tengkujuh kerana tempoh itu ia mudah diperoleh.

“Saya membeli anak ikan kelah pelbagai saiz dan kemudian akan menggredkannya sebelum dijual di pasaran tempatan dan China yang ramai mahu beli,” katanya ketika ditemui di Kampung Betong di sini.

Azmi yang menceburi perniagaan tersebut sejak tujuh tahun lalu memberitahu, urusan jualan anak ikan ke China dilakukan oleh anak sulung, Hafiz Ikwan, 21, yang boleh berbahasa Cina kerana dia pernah bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Cina sebelum ini.

“Kemahiran itu jadi kelebihan sehingga mampu luaskan lagi pasaran ke luar negara. Saya sendiri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, untuk menghantar anak-anak ikan yang ditempah pembeli,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya