Amir Ahnaf tertekan, bawa diri? - Utusan Malaysia

Amir Ahnaf tertekan, bawa diri?

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2023 - Pelakon, Amir Ahnaf bergambar selepas sidang media drama Projek High Council di Dadi Cinema Pavillion Kuala Lumpur di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/PEMBERITA - FAIZAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekitar dua minggu lalu, sedang Cik Bunga singgah ke sebuah gedung membeli belah, kita terserempak dengan pelakon muda tampan ini yang sedang berjalan berseorangan.

Sambil membeli-belah, Amir yang mengenakan topi dan cermin mata hitam, nampak tenang, ‘enjoy’ menikmati masa sendirian sambil mendengar lagu di telinganya. 

Tentu sahaja, kemudiannya, Cik Bunga menghampiri Amir dan menegurnya. Lagipun, memang dah lama tak jumpa pelakon ini sejak kali terakhir kami sama-sama terlibat menjayakan sesi fotografi muka hadapan Pancaindera sebelum ini.

Saling bertanya khabar, Cik Bunga tanya juga pada Amir tentang keadaannya selepas dilanda kontroversi baru-baru ini. Betul telahan Cik Bunga, pelakon ini sebenarnya stres juga dengan apa yang berlaku. 

Kata Amir, kontroversi yang berlaku membuatkan dirinya tertekan juga sampai tak keluar rumah, mahu berdiam diri sahaja. Agak lama juga dia mahu hadam segala yang terjadi meskipun secara umum, dia sering mengatakan dia okey.

“Ini pun Amir baru-baru ada rasa nak keluar rumah pergi tempat awam. Kalau tidak, sebelum ini rasa berat, malas nak keluar dan duduk di rumah sahaja. Baru-baru ini pun, bila ada kawan ajak pergi bercuti di Bali, Amir ikut.

“Itu antara cara Amir cuba lepaskan stres dan serabut yang ada di minda ini. Sekarang, Alhamdulillah, dah okey sikit, mungkin nak cari masa sekejap untuk pulang dan berehat di kampung,” katanya.

Sempat juga Cik Bunga beri kata semangat buat Amir supaya jangan mudah putus asa kerana kontroversi atau apa sahaja yang berlaku, sebagai seorang artis popular, begitulah lumrahnya. 

Asalkan Amir tahu fokus tak tersasar dalam membina kerjaya seni ini, cukup. Biasalah, mana ada artis popular yang tiada kontroversi.  Yang membezakan adalah bagaimana mereka mengendalikannya. 

Pendek kata, kalau boleh ubah atau baiki kelemahan atau kesilapan diri, inilah masanya. Amir bukan tak berbakat, sayang kalau disia-siakan. 

Cik Bunga pasti, selain peminat yang sentiasa menyokong kerjaya, Amir juga beruntung kerana masih ada ibu bapa dan keluarga yang sentiasa mendoakan kesejahteraan diri.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya