AMG Next-Gen bina generasi baharu anak muda Pahang - Utusan Malaysia

AMG Next-Gen bina generasi baharu anak muda Pahang

MAJLIS Pelancaran Akademi Menara Gading 2.0 YASA-Next Generation Accelator Programme (AMG Next-Gen) bertempat di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHEIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Program Akademi Menara Gading 2.0 YASA-Next Generation Accelator (AMG Next-Gen) memberi tumpuan kepada pembinaan generasi baharu anak muda negeri ini sekali gus melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah dalam kepimpinan, kesukarelawanan dan kesejahteraan fizikal serta mental.

Pengurus Besar Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), Mohd. Fakhrul Islam Juhali berkata, sasaran penerima manfaat adalah pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, golongan asnaf dan anak-anak yatim.

“Selain bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah dalam kepimpinan, kesukarelawanan, dan kesejahteraan fizikal serta mental, program ini menyediakan platform pembangunan modal insan yang holistik dan merangkumi pelbagai bidang akademik terutama dalam STEM (Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik),” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran AMG Next-Gen di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di sini hari ini.

Tambah Fakhrul Islam lagi, pelancaran AMG Next-Gen mencerminkan komitmen YASA dan UMPSA dalam membantu pelajar negeri ini untuk mencapai potensi mereka.

“Dengan usaha bersepadu ini, kita yakin dapat melihat peningkatan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan melahirkan pelajar yang cemerlang, berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Saya berharap pelajar akan mengambil peluang sepenuhnya dalam program ini. Jangan malu bertanya dan melibatkan diri secara aktif agar ilmu yang diperoleh dapat membantu menghadapi cabaran masa depan.

“Semoga usaha kita ini diberkati dan membawa manfaat besar kepada pembangunan generasi muda Pahang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya