Amaran ribut petir di Kedah dan Pulau Pinang

Amaran ribut petir di Kedah dan Pulau Pinang

METMALAYSIA mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang bagi beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang pagi ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang bagi beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang pagi ini.

Amaran tersebut meliputi kawasan di negeri Kedah seperti Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu.

Di Pulau Pinang, amaran turut melibatkan kawasan-kawasan tertentu yang dijangka terkesan dengan keadaan cuaca buruk itu.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda bahawa ribut dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam dijangka berlaku atau sudah hampir melanda kawasan-kawasan terlibat.

“Ribut petir ini dijangka berlaku dalam tempoh masa lebih sejam. Amaran ribut petir ini bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran, berdasarkan perkembangan cuaca semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

MetMalaysia turut menasihatkan orang ramai, khususnya di kawasan terlibat untuk berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca buruk tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya