Amah warga Indonesia dipukul guna tukul, diseterika majikan - Utusan Malaysia

Amah warga Indonesia dipukul guna tukul, diseterika majikan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak dapat dibayangkan kesakitan yang ditanggung seorang pembantu rumah apabila dia dipukul dengan tukul dan pengepit besi selain diseterika majikannya sehingga cedera di tangan dan kaki.

Nasib malang itu terpaksa dialami seorang wanita warga Indonesia yang didera dua majikannya selepas didakwa malas dan sering lupa membuat kerja rumah yang diarahkan

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, satu laporan diterima daripada mangsa berusia 25 tahun pada 13 Oktober lalu yang bekerja di sebuah kediaman di Taman Putra Sulaiman, Ampang selama dua tahun.

Menurutnya, mangsa mendakwa dicederakan oleh majikan wanita berusia 40 dan 61 tahun

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan dan kiri serta di kedua-dua belah kaki sebelum keluar dari rumah bagi mendapatkan pertolongan dengan bantuan orang awam.

“Motif kejadian disebabkan majikan menuduh mangsa malas dan tidak berpuas hati apabila dia sering lupa membuat kerja rumah sebagaimana yang diarahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, susulan laporan itu, kedua-dua suspek ditahan pukul 11.30 pagi 14 Oktober lalu di kediaman mereka.

“Kedua dua tangkapan tidak mempunyai rekod lampau dan diberikan jamin polis sehingga menunggu siasatan selesai.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan merujuk kepada mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya