Aktiviti unik kacau dodol menjelang Deepavali

Aktiviti unik kacau dodol menjelang Deepavali

S. SATHEESH Kumar (lima dari kanan) dan Mohd. Noor Hakkim (kiri) bersama pemuda-pemuda masyarakat India bersama-sama mengacau dodol di Taman College Height, Sikamat, Seremban semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lazimnya makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu dodol dimasak setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri namun di Sikamat di sini buat pertama kalinya dodol dimasak sempena Deepavali.

Program Kacau Dodol Sambutan Hari Deepavali dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kelab Waris Anak Melayu Negeri Sembilan (05) bersama Persatuan Penduduk Hindu Sikamat diadakan di Taman College Height di sini semalam.

Pengerusi Persatuan Penduduk Hindu Sikamat, S. Satheesh Kumar, 38, berkata, sambutan Deepavali kali ini istimewa buat dirinya dan ahli persatuan apabila buat pertama kali mereka memasak dodol.

“Kami pernah makan dodol dan ia memang enak namun ini kali pertama kami belajar memasak dan mengacaunya. Memang penat sedikit dan tidak mudah untuk mengacaunya namun kami teruja.

“Apa yang lpenting kami memasaknya bersama-sama dengan rakan-rakan penduduk berbangsa Melayu yang membantu dan mengajar kami cari memasak dodol dengan ­betul.

“Selepas dodol ini dimasak ia akan diagihkan kepada penduduk termasuk kepada keluarga masyarakat India yang akan menyambut Deepavali Khamis ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Waris Anak Melayu Negeri Sembilan (05), Mohd. Noor Hakkim Kamarulzaman, 46, berkata, kira-kira 50 ahli kedua-dua kelab bersama penduduk terlibat mengacau dodol yang pertama kali dianjurkan.

“Tujuannya mengeratkan hubungan masyarakat Sikamat menerusi program-program sebegini. Lebih utama juga, ia turut disertai remaja dan belia apatah lagi sewajarnya program kemasyarakat ini patut didedah dan dipupuk pada usia muda.

“Kami memilih memasak dodol kerana dapat merapatkan hubungan menerusi aktiviti gotong-royong dan masing-ma­sing dapat mempelajari kepelbagaian masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN