PETALING JAYA: Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) disediakan RM10 juta bagi mengadun usaha meningkatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) melalui kerjasama dengan akademia dan industri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mengambil langkah berani untuk menjuarai ekonomi digital serantau melalui pengisytiharan penubuhan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN (ASEAN AI Safe).
“Ini turut dianggotai negara tetangga dalam usaha menggembleng kepakaran dan keselamatan AI di negara masing-masing,” katanya. – UTUSAN