80 kes mati sendirian dari 2022 hingga 2024

80 kes mati sendirian dari 2022 hingga 2024

MUHAMMAD ABDUL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perlis merekodkan sebanyak 80 kes yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) secara bersendirian sejak 2022 hingga 31 Ogos tahun ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, jumlah tersebut merangkumi kematian secara semula jadi dan juga kes bunuh diri di seluruh negeri ini.

Katanya, faktor utama kematian sendirian di rumah adalah disebabkan penyakit kronik seperti serangan jantung, darah tinggi dan penyakit lain yang berkaitan selain terdapat juga kes bunuh diri yang didorong oleh tekanan ekonomi serta beban hidup dihadapi mangsa.

“Kes-kes berkenaan melibatkan golongan bujang, orang kelainan upaya (OKU), penyewa bilik serta warga emas. Kes-kes SDR ini juga turut dilaporkan berlaku di pelbagai lokasi selain di rumah dengan melibatkan pelbagai lapisan umur dari lingkungan 20 hingga 80 tahun.

“Ia termasuk di kebun, tali air dan kawasan sawah yang menjadikan pencarian mayat lebih mencabar. Keadaan mangsa ketika ditemukan juga berbeza-beza, ada yang segera dikesan oleh ahli keluarga dan ada juga yang ditemui terbiar selama dua hingga tiga hari.

“Ia bergantung kepada usaha pencarian oleh keluarga dan pihak berkuasa seperti polis dan agensi lain,” katanya.

Muhammad menekankan punca utama kematian khususnya melibatkan warga emas biasanya disebabkan oleh penyakit kronik.

“Dalam usaha mencegah dan mengurangkan kes SDR, masyarakat perlu lebih peka dengan keadaan ahli keluarga, rakan atau jiran yang tinggal bersendirian terutamanya warga emas, OKU, dan anak kecil.

“Maklumkan kepada pihak berkaitan jika terdapat sebarang kebimbangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya