ARAU: Seramai 759 usahawan bimbingan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Wilayah 1 Perlis menjana hasil mencecah RM17.2 juta bagi tempoh sehingga September lalu. Jumlah berkenaan adalah menerusi pengeluaran industri asas tani seperti kuih tradisional, produk makanan dan tanaman, ternakan, akuakultur serta agro pelancongan. Perkembangan tersebut dipersembahkan wakil MADA kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sewaktu sesi taklimat bersempena Program Jelajah Agro Pelancongan MADA 2024 di sini, semalam. Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyempurnakan majlis perasmian tersebut yang berlangsung di Homestay Dangau Tok Chaq, Simpang Empat, di sini. Dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya