693,969 pencarum aktif OBS seluruh negara - Utusan Malaysia

693,969 pencarum aktif OBS seluruh negara

ROSHAIMI Mat Rosely (enam dari kanan) bersama pengamal media Negeri Sembilan pada Majlis Libat Urus dan Jalinan Mesra Perkeso Bersama Media Negeri Sembilan di Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 693,969 pencarum aktif Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dicatatkan di seluruh negara setakat 27 September lepas.

Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso, Roshaimi Mat Rosely berkata daripada jumlah tersebut sebanyak tiga peratus atau seramai 19,063 OBS aktif dicatatkan di Negeri Sembilan.

“Kami percaya perangkaan akan terus meningkat selepas ini memandangkan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) terhadap penjaja dan peniaga berlesen yang akan bermula 1 Januari tahun depan.

“Jadi cabaran kami adalah untuk meneruskan promosi bagi meningkatkan kesedaran mencarum dengan Perkeso termasuklah kepada pengamal media sambilan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Libat Urus dan Jalinan Mesra Perkeso Bersama Media Negeri Sembilan di sini semalam.

Beliau dalam pada itu berkata, pihak Perkeso akan meneruskan siri jelajah ke negeri-negeri bagi pelaksanaan program libat urus bersama pengamal media.

“Selepas lokasi kelima di Negeri Sembilan ini, Perkeso akan meneruskan siri jelajah ke negeri lain menerusi program libat urus bersama media di samping menghebahkan penganjuran anugerah media yang akan dilaksanakan pada tahun depan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya