60 maut, 17 hilang selepas Israel bedil kediaman di Beit Lahiya

60 maut, 17 hilang selepas Israel bedil kediaman di Beit Lahiya

WARGA Palestin melihat sendiri kemusnahan selepas serangan tentera Israel di Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekurang-kurangnya 60 rakyat Palestin terbunuh dengan 17 lagi hilang di bawah runtuhan selepas serangan Israel terhadap sebuah bangunan kediaman di bandar Beit Lahiya, utara Gaza hari ini.

Pegawai Kementerian Kesihatan Gaza, Marwan Al-Hams berkata, ramai mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.

Menurut agensi berita Palestin, WAFA, ramai mangsa yang terbunuh dalam serangan tersebut adalah wanita dan kanak-kanak.

Setakat ini, tiada respons segera daripada pihak Israel.

Semalam, Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin mendedahkan kira-kira 100,000 orang terperangkap di Jabalia, Beit Lahiya dan Beit Hanoun tanpa bekalan perubatan atau makanan.

Perkhidmatan kecemasan berkata, operasinya terhenti kerana serangan Israel selama tiga minggu ke utara Gaza.

Israel mendakwa, pasukannya menumpukan serbuan di kawasan itu sebagai bertujuan menghalang pejuang Hamas daripada membina semula keupayaannya.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya