LONDON: United Kingdom (UK) melaporkan peningkatan ketara dalam insiden kebencian terhadap orang Islam dan Islamofobia selepas peperangan di Gaza. Menurut laporan kumpulan pemantau, Tell MAMA, sebanyak 4,971 insiden kebencian terhadap orang Islam dan Islamofobia direkodkan antara 7 Oktober 2023 hingga 30 September lepas. Pengarah Tell MAMA, Iman Atta menyifatkan peningkatan yang membimbangkan itu sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarahnya. “Sejak 7 Oktober tahun lalu, masyarakat Asia Barat tanpa mengira agama dan individu yang kelihatan beragama Islam khususnya wanita, semakin menjadi sasaran kerana dianggap menyokong hak rakyat Palestin. “Komuniti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya