31 mangsa terjejas banjir kilat di Cameron Highlands - Utusan Malaysia

31 mangsa terjejas banjir kilat di Cameron Highlands

KEADAAN banjir kilat yang berlaku di Kampung Sungai Ruil dekat Cameron Highlands petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Seramai 31 mangsa membabitkan lima keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran berlaku kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di Kampung Sungai Ruil di sini kira-kira pukul 6 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands berkata, kesemua mangsa terdiri daripada 11 lelaki, 10 wanita dan 11 kanak-kanak.

Ujarnya, kerja-kerja pembersihan di kawasan banjir kilat dan tanah runtuh berkenaan juga kini giat dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN