300 meriahkan Pink Plane 3.0

300 meriahkan Pink Plane 3.0

PARA peserta yang mengambil bahagian dalam program kesedaran kanser payudara, Pink Plane 3.0, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-KIRA 300 peserta mengambil bahagian dalam program kesedaran kanser payudara, Pink Plane 3.0 anjuran Wanita dalam Penerbangan (WIAM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sempena kempen The Pink Ribbon yang diadakan pada Oktober setiap tahun.

Program turut mendapat kerjasama Balai Ikhtisas Malaysia; Wanita dalam Logistik dan Pengangkutan (WiLAT); Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM); Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA) Malaysia; Wanita dalam Eksport dan Perindustrian (WITI) dan IKK di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (MIAT) UniKL, Sepang.

Para peserta terdiri daripada warga UniKL MIAT, UniKL Mestech, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Saito University College dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) bersama komuniti.

Program ini memberikan maklumat, inspirasi serta sokongan kepada masyarakat dengan pelbagai kisah inspirasi oleh bekas pesakit kanser payudara di negara ini.

Selain itu, program dimeriahkan dengan zumba, mencari harta karun dan melipat kertas kapal terbang berwarna merah jambu sebagai simbolik sokongan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya