GAZA: Sekurang-kurangnya 28 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu Israel terhadap sebuah sekolah yang menempatkan orang awam hilang tempat tinggal di Gaza, semalam. Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata, sekitar 54 orang yang lain cedera dalam serangan yang menyasarkan Sekolah Rufaida di bandar Deir al-Balah. Menurut pejabat media kerajaan Gaza, tentera Israel sedar ribuan kanak-kanak dan wanita yang diusir dari rumah mereka berlindung di sekolah berkenaan. Pejabat itu berkata, kira-kira 190 tempat perlindungan dibom oleh tentera Israel sejak tercetusnya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu. “Jenayah baharu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya