27 sindiket pengedaran dadah bernilai RM103 juta tumpas - Utusan Malaysia

27 sindiket pengedaran dadah bernilai RM103 juta tumpas

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (tiga kiri) menunjukkan sebahagian daripada dadah yang akan dilupuskan dianggarkan bernilai hampir RM131.71 Juta pada sidang akhbar pelupusan barang kes dadah kontinjen Selangor tahun 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Selangor menumpaskan 27 sindiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan berjumlah RM103.5 juta sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Statistik merekodkan sebanyak 18,878 individu melibatkan pengedar dan penagih dadah diberkas dalam tempoh tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan itu membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah dan cecair.

“Antara dadah yang dirampas adalah heroin seberat lebih 30 kilogram (kg), ganja (450.46 kg), syabu (1,541 kg), cecair syabu (23,765 liter), kokain (8.4 kg), ketamin (95.5 kg) dan 225,259 biji pil ectasy.

“Seramai 636 individu merupakan pengedar dadah dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 118 lagi diambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar majlis Pelupusan Barang Kes Dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, petang ini.

Menurut Hussein, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor turut menyita aset sindiket meliputi wang tunai, kenderaan, hartanah dan bangunan rumah bernilai RM14.52 juta.

“Siasatan mendapati kesemua 27 sindiket yang ditumpakan nerupakan sindiket tempatan dan bukannya antarabangsa. Berdasarkan statistik, seramai 668 individu juga merupakan pesalah yang memasukkan dadah secara berulang,” ujarnya.

Tambah beliau, polis turut melupuskan dadah seberat 1,993 kg dan 267,711 liter yang bernilai RM131.71 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya