BEIRUT: Sekurang-kurangnya 22 terbunuh dalam serangan Israel di kawasan padat penduduk di tengah Beirut semalam, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan. Sumber keselamatan mendakwa, seorang pemimpin Hezbollah menjadi sasaran. “Serangan musuh Israel di ibu kota Beirut malam ini mengakibatkan angka kematian baharu sebanyak 22 orang dan 117 lagi cedera,” kata kementerian dalam kenyataan terkini mengenai angka korban. Israel berulang kali menggempur pinggir selatan Beirut, yang merupakan kubu gerakan Hezbollah sejak dua minggu lalu, namun serangan pada Khamis adalah kali ketiga disasarkan ke pusat bandar itu. Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan berkata, serangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya