1MDB: Harap keadilan terhadap Najib dapat ditegakkan dengan saksama - Wan Rosdy - Utusan Malaysia

1MDB: Harap keadilan terhadap Najib dapat ditegakkan dengan saksama – Wan Rosdy

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melahirkan rasa simpati terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkan beliau membela diri dalam kes berkait 1MDB yang sedang dihadapinya.

Wan Rosdy berkata, beliau percaya Najib dan pasukan peguamnya akan menggunakan peluang ini untuk membuktikan kebenaran dan membersihkan nama bekas Perdana Menteri tersebut.

“Saya menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan dan berharap keadilan dapat ditegakkan dengan saksama.

“Saya sentiasa mendoakan agar Datuk Seri Najib dan keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang besar ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Najib Razak hari ini diperintah untuk membela diri atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion dana 1MDB.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie terhadap bekas perdana menteri dan menteri kewangan terbabit.

Kes itu didengar Collin Lawrence Sequerah, yang kini merupakan hakim di Mahkamah Rayuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN