12 pusat kuarantin GISBH di Malaysia, luar negara- KPN

12 pusat kuarantin GISBH di Malaysia, luar negara- KPN

GISBH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebanyak 12 pusat kuarantin dipercayai tempat indoktrinasi dan penderaan mental terhadap ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang bermasalah terletak di dalam dan luar negara.

Ia hasil pendedahan yang dimuat naik melalui akaun Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) sebelum ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan lanjut mendapati 10 pusat kuarantin terletak di Malaysia manakala dua lagi adalah di luar negara iaitu Indonesia dan Turki.

“Siasatan lanjut ke atas 10 pusat kuarantin tersebut mendapati bahawa tiga pusat kuarantin berjaya diserbu pada 21 September lalu manakala tujuh lagi pusat kuarantin didapati tidak beroperasi.

“Tiga pusat kuarantin yang berjaya diserbu adalah Air Bintan, Kota Tinggi (Pusat Perniagaan & Ikhwan Resort), Labu Lanjut, Sepang dan Batu Hampar, Perak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, siasatan pihak polis sehingga kini masih belum menunjukkan elemen-elemen lokasi tersebut dijadikan pusat kuarantin.

Dalam pada itu, ketika ditanya band hubungdakwaan bahawa ada anak-anak yang dipisahkan daripada keluarga atau tidak dibenarkan kembali kepada keluarga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Razarudin berkata, dalam kes Op Global ini, , ibu bapa kepada kanak-kanak yang diselamatkan ini juga merupakan suspek yang disiasat dalam kes pengabaian.

Jelas beliau, sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001, pihak JKM merupakan agensi yang diberikan kuasa oleh pihak mahkamah melalui perintah jagaan sementara untuk menempatkan kanak-kanak tersebut di bawah jagaan mereka.

“Hal ini apabila wujud aduan berlaku pengabaian, penderaan atau penganiayaan oleh ibubapa atau penjaga sehingga suatu siasatan menyeluruh dijalankan dan keputusan siasatan dibuat oleh pihak Jabatan Peguam Negara,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya