1,119 anggota bomba Negeri Sembilan sedia hadapi Monsun Timur Laut - Utusan Malaysia

1,119 anggota bomba Negeri Sembilan sedia hadapi Monsun Timur Laut

ABDUL Khair Osman (empat dari kiri) memeriksa tahap persediaan anggota bomba dan aset-aset bagi menghadapi MTL selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Oktober 2024 JBPM Negeri Sembilan di Dewan Dato' Haji Hamzah, JBPM Negeri Sembilan di Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan kini bersedia dengan kekuatan seramai 1,119 orang anggota dan aset termasuk sebanyak 41 buah bot untuk digerakkan bagi menghadapi kecemasan termasuk risiko banjir semasa tempoh peralihan Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah JBPM Negeri Sembilan, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Abdul Khair Osman berkata, tahap siap sedia itu disifatkan beliau berada pada tahap 100 peratus termasuk di 123 Kawasan hotspot yang telah dikenal pasti di seluruh negeri ini.

“Berdasarkan keadaan semasa di Negeri Sembilan ada trend peningkatan risiko banjir dan berdasarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) fasa peralihan monsoon telah bermula pada 24 September, oleh itu kami sudah bersedia daripada segi mobilisasi aset dan logistik serta sumber manusia.

“Selain penyelamatan di air serta banjir, kami juga sentiasa bersedia menghadapi insiden pokok tumbang semasa tempoh ini termasuklah sehingga membersihkan kawasan kejadian, bukan hanya kerja-kerja penyelamatan sahaja.

“Selain itu, pihak JBPM Negeri Sembilan juga telah menubuhkan dua pasukan Red Team melibatkan 10 orang anggota yang boleh digerakkan pada bila-bila masa malah ke negeri-negeri lain untuk memberikan bantuan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Oktober 2024 JBPM Negeri Sembilan di Dewan Dato’ Haji Hamzah, JBPM Negeri Sembilan di Seremban 2 di sini hari ini.

Sementara itu, Khair memaklumkan, pemantauan berterusan akan dilakukan pihak bomba khususnya di kawasan-kawasan hotspot banjir yang telah dikenal pasti.

“Antara Kawasan hotspot kerap berlaku banjir termasuk di Kampung Ulu Temiang, Kampung Batu 3, Mambau di Seremban serta Kampung Jimah dan Pekan Linggi di Port Dickson. Pemantauan dilakukan oleh setiap balai terlibat, anggota akan mula keluar jika berlaku hujan lebih daripada 15 minit, lihat paras air dan akan melakukan tindakan awal yang perlu.

“Di kawasan pantai juga begitu, sewaktu berlakunya MTL ini memang orang ramai tidak digalakkan pergi ke kawasan pantai, pihak kami akan sentiasa menerima laporan dari METMalaysia dan apabila adanya risiko, kami akan gerakkan pasukan untuk memantau di kawasan pantai,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya