11.25 juta pelancong lawat Melaka tahun ini

11.25 juta pelancong lawat Melaka tahun ini

MOHD. ALI Mohd. Rustam dan Ab. Rauf Yusoh merenjiskan air mawar sebagai simbolik ketika merasmikan ICAF 2024 @ Sungai Melaka di Dataran Pengkalan Rama Pantai, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 berada di landasan tepat apabila merekodkan kedatangan pelancong seramai 11.25 juta orang setakat September lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan positif sebanyak 86.56 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.

Menurutnya, kebanjiran pelancong ke Melaka sepanjang tahun ini disumbangkan oleh penganjuran acara-acara ikonik yang telah disusun.

“Saya yakin, penganjuran acara-acara ikonik ini adalah strategi serampang dua mata bagi mempromosi sektor pelancongan negeri seiring dengan usaha merancakkan lagi sambutan TMM 2024.

“Saya menyeru untuk sama-sama menyokong usaha kerajaan negeri sempena TMM 2024 dalam merancakkan lagi sektor pelancongan, sekali gus memberi limpahan manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat Melaka,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian International Cultural and Arts Festival (ICAF) @ Sungai Melaka di Dataran Pengkalan Rama Pantai di sini, semalam.

Majlis disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan dihadiri isterinya, Toh Puan Asmah Abdul Rahman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya