TEMERLOH: Seramai 100 Orang Asli Kampung Paya Sendayan di sini bersyukur menerima kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) sebagai tapak kediaman kekal yang lama dinantikan mereka. Seorang penerima STR, Hamid Budin, 52, begitu gembira memperoleh tanah hak milik seluas kira-kira 1.349 meter persegi untuk membina rumah yang lebih selesa. “Kelulusan STR ini cukup melegakan kami kerana sudah ada surat hitam putih berkaitan hak tanah untuk membina rumah berbanding sebelum ini tidak ada pengiktirafan mendiami tanah kerajaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia. Seorang lagi penerima, Mail Kilat, 47, berikrar menjaga aset berharga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya