10 wanita antara 19 kaki judi warga asing diberkas

10 wanita antara 19 kaki judi warga asing diberkas

M. KUMARASAN (dua dari kanan) menunjukkan wàng rampasan judi dalam sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri, Johor Bahru
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 19 warga asing termasuk 10 wanita bukan sahaja gagal memenangi wang taruhan lebih RM50,000, malah turut ditahan dalam serbuan di Taman Nusa Bestari, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kesemua yang ditahan dalam Op Dadu pada 3 pagi itu berusia antara 24 hingga 55 tahun baru seminggu menjalankan aktiviti judi itu di premis perniagaan dua tingkat bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah telah membuat serbuan ke premis kedai di tingkat dua yang menjalankan kegiatan judi jenis black jack. Semasa serbuan dilakukan, seorang suspek bertindak melarikan diri melalui tingkap bahagian belakang premis dan mengalami kecederaan retak di bahagian buku lali kaki kiri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Pihak polis merampas 52 keping kad daun terup, tiga kotak daun terup dan wang tunai RM52,808 disyaki wang taruhan dan suspek yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63, iaitu masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas dan permit yang sah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya