KYIV: Tentera Ukraine mengalami kekalahan besar ekoran kelewatan Barat menghantar senjata kepada tentera negara ini yang sedang berdepan dengan Russia, kata Presiden Volodymyr Zelenskiy dalam temu bual dengan CNN yang disiarkan semalam. Zelenskiy berkata, situasi di timur negara sangat sukar kerana separuh daripada briged Ukraine di sana tidak dilengkapi senjata. “Kami kehilangan tentera kerana kedudukan mereka terdedah dan bukan berada dalam kenderaan perisai. Mereka tiada artileri, mereka tiada peluru artileri,” kata beliau. Zelenskiy berkata, pakej bantuan senjata yang dijanjikan oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah tiba sangat lambat. “Kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya