Zamakhshari terkilan tidak dapat lawat atlet MSSM Kelantan

Zamakhshari terkilan tidak dapat lawat atlet MSSM Kelantan

ZAMAKHSARI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad meluahkan rasa terkilan selepas dilarang bertemu atlet yang akan mewakili Kelantan ke kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada minggu hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putera itu berkata, awalnya beliau dihubungi oleh bapa kepada salah seorang atlet dan memintanya bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada atlet-atlet muda negeri ini di atas kapasiti sebagai exco sukan.

Menurutnya, bagaimanapun individu berkenaan kemudiannya menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp untuk memaklumkan pihak KPM tidak memberi keizinan untuk beliau hadir ke pusat latihan atlet terbabit yang berkebetulan ditempatkan di sebuah sekolah.

“Kita memahami antara pekeliling dikeluarkan Kementerian Pedidikan Malaysia (KKPM) adalah melarang ahli politik pembangkang terlibat dalam aktiviti di sekolah. Cuma saya sedikit terkilan dalam kes ini kerana terpaksa mengecewakan harapan ayah kepada atlet muda Kelantan.

“Sedangkan saya memang berhasrat untuk bertemu atlet-atlet yang bakal mewakili negeri ini untuk melihat persediaan serta memberi semangat kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.

Zamakshari memberitahu, beliau kemudian menghubungi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk meminta beliau berbincang dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek agar sekurang-kurangnya diberikan kelonggaran dalam polisi tersebut demi kepentingan pembangunan sukan negara.

“Secara umumnya Menteri Belia dan Sukan memberikan respons positif. Bagaimanapun saya sendiri akan mengutuskan surat secara rasmi kepada Menteri Pendidikan untuk meminta kelonggaran tersebut.

“Sesuatu perlu dilakukan berkenaan polisi sebegini kerana ia merugikan masa hadapan sukan di Malaysia berikutan sekolah merupakan tempat kita menuai bakat-bakat sukan tempatan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zamakhshari berkata, Kelantan akan menghantar kontinjen dengan kekuatan 79 individu merangkumi 48 atlet dan 31 pegawai pasukan ke Temasya Para Sukma 21 di Sarawak bermula 22 sehingga 28 September nanti.

Katanya, kontinjen Kelantan akan menyertai tujuh acara sukan iaitu olahraga, badminton, ping pong, powerlifting, bochia, catur dan boling padang dengan sasaran 17 pingat emas, 13 perak dan lapan gangsa menjadikan sasaran keseluruhan 38 pingat.

“Kontinjen Kelantan kini berada di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Negeri Kelantan untuk penempatan latihan sehingga 19 September. Olahraga paling banyak menyasarkan emas, iaitu 10 pingat emas diikuti powerlifting (empat emas) catur, ping pong dan bochia (masing-masing satu emas),” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN