YKAT bukan ejen pekerjaan – DJ Dave

YKAT bukan ejen pekerjaan – DJ Dave

DJ DAVE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an, Datuk DJ Dave, menegaskan Yayasan Kebajikan Artis Veteran (YKAT) bukan ejen pekerjaan untuk artis.

DJ Dave yang juga pengerusi YKAT berkata, tugas tersebut tidak tertakluk di bawah fungsi yayasan berkenaan.

“YKAT tidak boleh menjadi agen pekerjaan, tetapi kami boleh bantu untuk mencadangkan kepada artis berkenaan melalui pengurus mereka mengenai apa-apa tawaran atau peluang kerja yang dimaklumkan kepada kami.

“Kemudian, terpulang kepada artis tersebut sama ada mahu terima atau tolak cadangan berkenaan.

“Berkenaan persatuan pula, saya tidak pasti sama ada mereka boleh mencarikan artis kerja. Itu harus dirujuk kepada mana-mana persatuan seni,” katanya.

Terdahulu, muncul seorang artis tempatan yang mengkritik persatuan dan yayasan seni di negara ini kerana tidak menjadi ejen mencari pekerjaan untuk artis yang kehilangan sumber pendapatan.

Antara selebriti tempatan yang menolak pandangan tersebut adalah Datuk Freddie Fernandez yang juga tidak bersetuju apabila ada yang beranggapan persatuan seni harus berfungsi sebagai pihak tengah untuk mencarikan artis peluang pekerjaan.

DJ Dave dalam pada itu memaklumkan YKAT beberapa kali sebelum ini membantu mencadangkan peluang pekerjaan atau membuat persembahan kepada artis yang terkesan.

“Kami ada bantu, beberapa kali juga tanpa ambil sebarang komisen dan sebagainya kerana ini kerja amal kami.

“Tapi kami tidak mencarikan pekerjaan, sekadar membantu sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya