Warga emas maut tersepit, treler dipandu bertembung van - Utusan Malaysia

Warga emas maut tersepit, treler dipandu bertembung van

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Kilometer 30, Jalan Yong Peng-Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang warga emas maut tersepit apabila treler muatan baja dipandunya bertembung dengan sebuah van lalu terbalik di Kilometer 30  Jalan Yong Peng-Kluang pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian pada pukul 3.50 pagi itu melibatkan treler jenis Shacman datang dari arah Yong Peng menghala ke Paloh, 

dan van Perodua Rusa dari arah bertentangan.

“Sampai di tempat kejadian, treler telah hilang kawalan semasa melalui selekoh lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan van. Akibat perlanggaran itu, pemandu treler, Mohd. Hanapiah Abdul Malek, 61, yang beralamat di Bandar Jengka, Pahang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa yang cedera parah pada bahagian kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu van yang merupakan penjual sayur, Tay Ah Teck, 64, yang beralamat di Paloh hanya mengalami luka ringan pada bahagian kaki kanan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Shamsul Amri Shahab berkata, seramai lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN