Warga emas maut dihempap pokok di Balok - Utusan Malaysia

Warga emas maut dihempap pokok di Balok

SEORANG warga emas maut dihempap pokok dalam kejadian ribut di Kem Nemo Kampung Balok di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang warga emas maut dihempap pokok dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Pantai Balok di sini hari ini.

Mangsa, Che Zakaria Che Ali, 68, yang berasal dari Kemaman, Terengganu, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua lagi mangsa iaitu wanita dewasa dan kanak-kanak mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan, Mejar Pertahanan Awam (PA) Zahidi Zainudin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu sekitar pukul 3.36 petang.

Katanya, seramai enam anggota APM dan seorang pegawai dikerahkan ke lokasi.

“Berlaku kejadian ribut dan angin kencang melibatkan pokok tumbang menghempap tapak perkhemahan dan mangsa.

“Terdapat kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Tiga mangsa terlibat, seorang warga emas meninggal dunia, manakala wanita dewasa dan seorang kanak-kanak dibawa oleh orang awam ke hospital Kuantan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Zahidi lagi, rawatan awal diberikan kepada mangsa yang terlibat dan pokok yang tumbang selesai dibersihkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya