Warga asing ditahan melintas jalan secara berbahaya - Utusan Malaysia

Warga asing ditahan melintas jalan secara berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang dipercayai bertindak secara tiba-tiba melintas jalan sehingga mendatangkan bahaya sekali gus mengakibatkan kemalangan jalan raya dalam kejadian di Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya terkesan satu video tular berdurasi 14 saat yang memaparkan seorang lelaki melintas jalan lalu melompat ke arah kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya.

“Hasil semakan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada pada 11.53 pagi, Selasa lalu.

“Lelaki berbaju merah dan berseluar hitam yang cedera ringan itu telah meninggalkan tempat kejadian, tiada sebarang butiran atau pengenalan diri diperolehi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, bertindak atas maklumat, polis telah menahan seorang lelaki lelaki berusia 32 tahun yang juga tukang cuci di Bandar Sungai Long, di sini, pada pukul 6 petang hari ini.

“Motif masih dalam siasatan, kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Sekyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kejadian itu boleh menghubunginya balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Mohamed Faeez Norzah, di talian 013-2663407 bagi membantu siasatan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN