Wanita disyaki tokan dadah dicekup - Utusan Malaysia

Wanita disyaki tokan dadah dicekup

SEORANG wanita ditahan kerana disyaki mengedar dadah di pekan Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang wanita yang disyaki sebagai tokan dadah ditahan dalam Op Tapis di pekan Benut, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, wanita berusia 24  tahun ditangkap kerana disyaki mengedar dadah jenis heroin seberat 56.70 gram (gm) dan syabu 24.80 gm.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM4,145.50 dan boleh  digunakan seramai 407  penagih,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan semakan rekod mendapati dia turut mempunyai dua  rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Suspek menjadikan Benut sebagai kawasan pengedaran sejak Jun lalu,” katanya sambil memberitahu suspek kini ditahan reman selama tujuh hari hingga 5 Oktober ini untuk sisatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB ) 1952 yang memperuntukkan  hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN