Wanita cedera, kereta terbakar langgar bongkah konkrit jatuh dari treler - Utusan Malaysia

Wanita cedera, kereta terbakar langgar bongkah konkrit jatuh dari treler

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kereta yang melanggar bongkah konkrit yang jatuh dari sebuah treler dalam kejadian di Jalan Mambau-Seremban 2, Seremban pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita cedera selepas kereta yang dipandunya melanggar bongkah konkrit yang jatuh ke jalan dari sebuah treler yang bergerak dalam kejadian di Jalan Mambau-Seremban 2, Seremban pagi tadi.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Khomeini Kamarudzaman berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.28 pagi tadi itu turut menyebabkan kereta dipandu berusia 31 tahun itu terbakar dan musnah 100 peratus.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori membawa longkang konkrit dan dua buah kereta. Kereta jenis Proton Saga terbakar dan terdapat mangsa wanita yang cedera di tangan.

“Sebuah lagi kereta iaitu Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 30 tahun turut mengalami kerosakan selepas terkena jatuhan bongkah konkrit itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, menurut beliau, kebakaran kereta itu dapat dikawal kemudiannya kira-kira pukul 7.43 pagi melibatkan 12 orang anggota bomba.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN