Wan Nur'alyaa Syaza sudah buat persiapan ke USM

Wan Nur’alyaa Syaza sudah buat persiapan ke USM

MUHAMMAD Faiz Fadzil (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Wan Nur'alyaa Syaza di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Anak nelayan memperoleh keputusan cemerlang 3.92 dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2024 Wan Nur’alyaa Syaza Awang, 20, mengakui sudah membuat persediaan untuk menyambung pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM).

Wan Nur’alyaa Syaza berkata, keluarganya akan mengadakan majlis kesyukuran dan solat hajat pada 30 September.

Menurutnya, selepas itu dia akan keluarga akan bertolak ke USM sehari lebih awal.

“Kami sekeluarga bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan tampil membantu selepas berita kesusahan yang saya hadapi disiarkan menerusi akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini.

“Penyiaran berita itu telah membantu saya merealisasikan impian untuk menyambung pelajar ke USM dalam usaha mengubah nasib keluarga pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan dari Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil di sini hari ini.

Sementara itu, Muhammad Faiz memberitahu, LKIM sudah membelanjakan lebih RM61,000 bagi membantu anak-anak nelayan menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Katanya, bantuan itu disalurkan menerusi dana pendidikan Yayasan Nelayan Malaysia (Yanem) bagi meringankan bebanan keluarga menanggung kos pendaftaran pengajian.

“Seramai 129 anak nelayan di seluruh negara dibantu Yanem selepas mendapat cadangan LKIM dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang terlibat.

“Seramai 38 pelajar di peringkat diploma, 89 peringkat Ijazah Pertama dan dua di peringkat sijil menikmati manfaat dana pendidikan Yanem,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN