Unimap perluas jaringan kerjasama dengan universiti di Singapura - Utusan Malaysia

Unimap perluas jaringan kerjasama dengan universiti di Singapura

LAWATAN kerja deligasi Unimap yang diketuai oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Singapura baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) perlu terus mengorak langkah bagi memperluaskan jaringan kerjasama dan menjalinkan hubungan dengan universiti-universiti awam dan swasta di Singapura.

Antara kerjasama dan potensi yang boleh diwujudkan termasuklah dalam bidang biasiswa dan latihan, penyelidikan dan pembangunan, pertukaran pelajar dan beberapa program lain.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, TYT Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar berkata, Unimap juga wajar meneroka potensi kolaborasi dengan pemain Industri untuk meningkatkan kemahiran praktikal mereka dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelajar-pelajar Unimap sebagai ‘industry-ready’”.

“Perlis juga wajar mempertimbangkan pelabur daripada Singapura untuk melabur di Perlis melalui naratif ‘Perlis as gateway to Southern Thailand.

“Perlis juga boleh mengambil peluang daripada kerangka kerjasama Malaysia-Singapura dalam borang ekonomi digital dan ekonomi hijau.

“Dalam konteks ini, Unimap dan institusi pengajian tinggi lain di Perlis serta institusi-institusi kemahiran di Perlis boleh mengambil peluang ini dan membantu kerajaan membangunkan ekosistem ekonomi digital dan ekonomi hijau yang mampan dan circular,” katanya selepas menghadiri makan tengahari bersama deligasi Unimap International Leadership Mobility 2024 di Rumah Makan Minang, di Kandahar Street, Singapura baru-baru ini.

Pertemuan tersebut adalah bersempena lawatan kerja deligasi Unimap yang diketuai oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang turut diiringi sama oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Canselor Unimap menzahirkan agar Unimap perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk menjalinkan hubungan dengan pusat-pusat pengajian tinggi di Singapura.

“Hubungan itu kerana universiti-universiti ini merupakan antara yang terbaik secara global bagi merapatkan jurang pendidikan mahupun kedudukan Unimap di peringkat Malaysia dan juga antarabangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN