Undi kaum India untuk calon BN - Vigneswaran - Utusan Malaysia

Undi kaum India untuk calon BN – Vigneswaran

VIGNESWARAN berucap pada program Santai Bersama Masyarakat India di Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) di Taman Sri Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yakin bahawa kaum India akan memberi undi kepada Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Sabtu ini.

Menurutnya, antara 75 hingga 80 peratus daripada 5,142 pengundi kaum India di kawasan tersebut akan mengundi Syed Hussien  berdasar sambutan yang diberikan dalam setiap kempen yang dilaksanakan sepanjang seminggu lalu termasuk majlis malam tadi.

“Calon daripada keturunan ahli politik, datuknya adalah seorang senator ketika hayatnya, ini bererti dia daripada keluarga berjasa kepada rakyat di Kluang. 

“Melihat kepada calon sendiri, dia adalah seorang yang baik dan calon seperti inilah akan menjadi pilihan pengundi,” katanya ditemui pada program Santai Bersama Masyarakat India di Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) di Taman Sri Kluang, di sini malam tadi. 

Ditanya sama ada pengundi kaum India boleh menjadi ‘king maker’  dalam PRK itu Vigneswaran menyatakan dalam Kerajaan Perpaduan banyak parti yang bergabung di dalamnya. 

“Banyak kaum yang akan bergabung untuk memberikan sokongan kepada calon BN termasuk sokongan padu daripada masyarakat India,” katanya. 

Daripada 66,318 pengundi DUN Mahkota, 37,413 adalah pengundi Melayu, Cina (22,460), manakala India (5,142) dan Lain-Lain (1,303). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN