Ular ‘boleh’ sentuh’ tarikan di Pavilion Perlis

Ular ‘boleh sentuh’ tarikan di Pavilion Perlis

Pengunjung mengambil peluang memegang ular tidak berbisa di reruai Pavilion Perlis pada MAHA 2024. – utusan/amir khalid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Pavilion Negeri Perlis yang menghimpunkan lebih 30 spesies ular termasuk ular tempatan dan import, menjadi tarikan utama di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024.

Pegawai Operasi Pameran Ular, Amirsidqi Mohd Zakri berkata, semua ular yang dipamerkan adalah daripada spe­sies yang tidak berbisa.

“Antara ular yang kami bawa termasuk dua jenis ular sawa iaitu ular jagung (corn snake), dan ular sawa burma (burmese python). Setiap spesies ini mempunyai warna, corak dan habitat yang berbeza,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Pavilion Perlis Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini.

MAHA 2024 yang dianjurkan buat kali ke-100 bertemakan ‘Menuai Harapan, Membina Masa Hadapan’ merupakan pameran pertanian utama dan terbesar di Asia Tenggara yang menyediakan lebih 2,000 ruang jualan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dan ber­akhir semalam.

Mengulas lanjut, Amirsidqi berkata, semua ular yang dibawa boleh disentuh oleh pengunjung, namun pihaknya akan menggantikan ular-ular tersebut secara berkala.

“Selain ular, haiwan lain ­seperti katak pacman dan gecko turut dipamerkan, yang mana haiwan-haiwam tersebut sering dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

“Walaupun ular-ular ini tidak agresif, kita boleh tahu apabila mereka tidak sihat dan perlu diganti.

“Aktiviti pameran ular ini berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 7 petang kerana pada waktu malam, ular cenderung lebih aktif dan agresif, jadi kami biarkan mereka (ular) berehat,” jelasnya.

Selain itu, beliau berkata, Pavilion Negeri Perlis telah me­nyertai MAHA sejak awal 2000 dan mendapat sambutan.

“Harapan kami adalah menyertai MAHA seterusnya dan reruai kami akan terus menarik lebih ramai pengunjung. Kami ingin mendidik orang ramai agar tidak terlalu takut dengan ular serta memahami sifat se­mula jadi haiwan itu,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya