Tunku Mahkota Ismail ketuai perarakan sambutan Maulidur Rasul - Utusan Malaysia

Tunku Mahkota Ismail ketuai perarakan sambutan Maulidur Rasul

TUNKU Mahkota Ismail mengetuai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor menuju Masjid Bandar Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengetuai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor sejauh 1.3 kilometer hari ini.

Perarakan disertai lebih 8,000 umat Islam itu bermula dari Padang Bukit Kerajaan dan berakhir di Masjid Bandar Kota Tinggi. 

Sebanyak 50 kontinjen daripada pelbagai jabatan kerajaan dan swasta menyertai perarakan sambutan yang bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Maju Johor’.

Tunku Ismail turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi acara yang dipertandingkan sempena perarakan tersebut. 

Bagi kategori Perarakan Terbaik Kerajaan dimenangi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), kategori Swasta dimenangi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd., (KPRJ), manakala kategori Pendidikan dirangkul oleh Sekolah Agama Taman Kota Jaya (SATKJ).

Kategori Sepanduk Terbaik Kerajaan dimenangi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), kategori Swasta dimenangi Mukim Pengerang, manakala kategori Pendidikan turut dimenangi SATKJ.

Bagi kategori Kontinjen Teramai dimenangi oleh MBIP.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ahmad Nazir Mohd. Nasir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN